Fungsi & Tugas

  1. Merangsang dan mempermudahkan pembangunan penyelidikan dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi di Sabah;
  2. Mengkoordinasi, memantau dan membantu pengembangan penyelidikan yang dilakukan oleh jabatan Kerajaan, Badan Berkanun, Syarikat berkaitan Kerajaan dan Badan bukan Kerajaan (NGOs) selain daripada menjadi medium jalinan kerjasama dan komunikasi di antara mereka; 
  3. Mempromosikan dan mengekalkan persekitaran yang kondusif seperti berikut;
    1. Mengembangkan dan memelihara bakat dan modal intelektual dengan pengetahuan saintifik dan teknologi, kemahiran dan kemampuan inovatif yang diperlukan untuk menyokong kemajuan negeri dan secara tidak langsung dapat mempromosikan pertumbuhan dan kemajuan ekonomi negeri;
    2. Mempermudahkan aplikasi komersial hasil pembangunan penyelidikan dan inovasi yang dilakukan di Negeri; dan
    3. Meningkat standard dan keupayaan penyelidikan untuk menarik bakat saintifik dan teknologi di institusi pendidikan di Sabah;
  4. Mempromosikan pendidikan dalam penyelidikan saintifik dan teknologi.