Punca Kuasa

Kuasa Majlis Pembangunan Teknologi dan Inovasi Sabah (MaPTIS) adalah seperti yang telah diluluskan oleh Jemaah Menteri Kabinet Sabah pada 1 September 2021. Majlis ini mempunyai kuasa untuk melakukan semua perkara berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya atau pelaksanaan tugas dan arahan. Perkara 95B Perlembangaan Persekutuan menyatakan untuk Sabah dan Sarawak, Item 14 dari Senarai IIA dalam Jadual Kesembilan akan dianggap sebahagian daripada senarai Negeri.

Oleh itu, mengikut item 14, Pemerbadanan pihak berkuasa oleh Kerajaan Negeri melalui undang-undang negeri adalah dibenarkan selagi fungsi Majlis Pembangunan Teknologi dan Inovasi Sabah tidak melampaui kuasa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia seperti yang termaktub dalam Perkara 74 (2) Perlembagaan Persekutuan yang dibaca bersama Senarai I Perkara 12 (b) & (c) dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan.