Penubuhan MaPTIS

Cadangan Penubuhan MaPTIS telah diluluskan oleh Kabinet Sabah pada 01 September 2021 bertujuan untuk:

  1. Memastikan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) sebagai ‘enabler’ kepada sektor pelancongan, perindustrian dan pertanian bagi menjayakan misi Sabah Maju Jaya;
  2. Membantu KSTI mengukuhkan fungsi dan peranannya dalam merangka dasar, strategi, latihan berteknologi tinggi dan program pembangunan STI; dan
  3. Sebagai pembuat keputusan dan memberi mandat kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah untuk melaksanakan hal ehwal yang berkaitan STI.