Bahagian Pembangunan dan Pembudayaan Sains
1. Mengenalpasti program kemahiran memenuhi keperluan industri
- Mempergiatkan kolaborasi antara institusi pendidikan tempatan dan luar negara.
- Menganjurkan Program Pendidikan bersama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.
- Menjalinkan hubungan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.
- Mengadakan lawatan Top 20 Universiti antarabangsa.
2. Memantau pembangunan prasarana sekolah dan IPT di Sabah.
- Mencadang dan memantau pembinaan sekolah dan Institusi pendidikan di Sabah.
- Bekerjasama rapat dengan JPN Sabah tentang keperluan pembangunan, kelulusan dari agensi kerajaan negeri seperti tanah, DP, OC dan sebagainya.
- Memastikan keperluan sekolah (pra-sekolah, rendah & menengah) dan institusi pendidikan tinggi (IPTA&IPTS) dapat dipenuhi di Sabah khasnya bandar dan di luar bandar.
3. Mempergiatkan kolaborasi antara institusi pendidikan tempatan dan luar negara
- Memastikan program – program yang dirancang dapat dilaksanakan mengikut takwim.
- Mempergiatkan kolaborasi antara institusi pendidikan tempatan/swasta.
Bahagian Penajaan dan Pengembangan Bakat
1. Melaksanakan dasar kerajaan negeri menerusi pemberian biasiswa mengikut keperluan tenaga manusia di Negeri Sabah
- menyediakan iklan permohonan BKNS
- menerima dan menapis permohonan sistem online
- mesyuarat jawatankuasa
- makluman keputusan permohonan
2. Melaksanakan pembayaran elaun biasiswa, tuntutan dan kemudahan lain
- penerimaan fail daripada Unit Pemantauan, Sahk an dokumen lengkap dan teratur
- arahan pembayaran kepada Unit Akaun
3. Melaksanakan pemantauan prestasi akademik dan Hal Ehwal Pelajar
- menerima dan menyemak keputusan peperiksaan
- minit arahan pembayaran ke Unit Elaun dan Kemudahan Pelajar.
- melapor tamat pengajian
Bahagian Inovasi dan Teknologi Digital
1. Menentukan dasar kreatif dan inovasi negeri Sabah
- Menjalankan kajian berkenaan dengan aktiviti kreatif dan inovasi.
- Menjalankan libat urus dengan pemegang taruh bidang kreatif dan inovasi.
- Menggubal Dasar yang berkaitan dengan bidang kreatif dan inovasi.
- Menjadi pusat rujukan untuk bidang kreatif dan inovasi.
2. Mengenalpasti, merancang dan melaksana program pembudayaan kreatif dan inovatif
- Merangka Pelan Induk Pembudayaan Kreatif dan Inovasi negeri Sabah.
- Menentukan kertersediaan peruntukan untuk melaksanakan program.
- Melaksanakan program pembudayaan kreatif dan inovasi.
3. Mengenalpasti dan menetapkan dasar pembangunan teknologi di Sabah
- Menjalankan kajian berkenaan dengan aktiviti pembangunan Teknologi
- Menjalankan libat urus dengan pemegang taruh teknologi
- Menggubal Dasar yang berkaitan dengan bidang teknologi
- Menjadi pusat rujukan untuk pembangunan teknologi di Sabah
4. Mentadbir pelaksanaan Sistem Kerajaan Elektronik
- Mempertimbangkan permohonan serta memberi maklumbalas pemasangan, perpindahan atau pemberhentian pop/router sabahnet.
- Mempertimbangkan serta memberi maklumbalas terhadap permohonan pengwujudan url
- Mempertimbangkan permohonan hebahan rasmi daripada agensi kerajaan dan menyalurkan kepada operator sabahnet untuk hebahan melalui portal sabah.gov.my.
- Mempertimbangkan serta memberi maklumbalas kepada sebarang permohonan yang berkaitan dengan lain-lain perkhidmatan yang disediakan oleh operator Sabah.Net.
- Memantau kesahihan maklumat yang terpapar melalui portal www.sabah.gov.my.
- Mengeluarkan pekeliling perkhidmatan berkenaan Sistem Kerajaan Elektronik dari masa ke semasa mengikut keperluan.
- Menguatkuasakan Arahan Teknologi Maklumat untuk sektor awam negeri Sabah.
Bahagian Pengurusan dan Kewangan
- Mengurus sumber manusia yang meliputi hal ehwal perkhidmatan dan perjawatan
- Pengurusan dan pentadbiran pejabat secara kesuluruhan
- Menyelaras dan melaksanakan sistem perakauan kementerian secara sistematik dan teratur mengikut peraturan-peraturan sedia ada.