Latar Belakang

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ditubuhkan melalui penjenamaan semula Kementerian Pelajaran dan Inovasi Negeri Sabah (KPINS) pada 8 Oktober 2020 Sebelum itu Kementerian ini mengunakan nama Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat (KPSKTM) pada 12 Mei 2018. Jabatan dan agensi yang diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian adalah:

  1. Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM);
  2. Perpustakaan Negeri Sabah
  3. Sabah Net Sdn. Bhd.
  4. Sabah Skills and Technology Centre

Lokasi Kementerian ini ialah di Aras Bawah, Tingkat 8-11, Wisma Bandaraya, Kota Kinabalu.