Latar Belakang

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ditubuhkan melalui penjenamaan semula Kementerian Pelajaran dan Inovasi Negeri Sabah (KPINS) pada 8 Oktober 2020. Sebelum itu Kementerian ini mengunakan nama Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat (KPSKTM) pada 12 Mei 2018. Jabatan dan agensi yang diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian adalah:

  1. Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM);
  2. Perpustakaan Negeri Sabah (PNS)
  3. Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN)
  4. Sabah Net Sdn. Bhd.
  5. Sabah Skills and Technology Centre (SSTC)
  6. Sabah Creative Economy and Innovation Centre (SCENIC)

Lokasi Kementerian ini ialah di Aras Bawah, Tingkat 8-11, Wisma Bandaraya, Kota Kinabalu.