Majlis Perasmian Karnival Minggu Sains Negara dan Malaysia Techlympics 2023 peringkat akhir kebangsaan-MOSTI

'

20 November 2023 - Majlis Perasmian Karnival Minggu Sains Negara dan Malaysia Techlympics 2023 peringkat akhir kebangsaan-MOSTI yang dirasmikan oleh YB Chang Lih Kang. Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi. Turut hadir YB Datuk Dr Haji Mohd. Arifin bin Mohd.Arif, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah(KSTI) dan YB Datuk Arthur Joseph Kurup. Timbalan Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi(MOSTI). Kontinjen Sabah terdiri daripada 211 orang pelajar dan guru daripada 16 buah sekolah. Selain itu, Rangkaian Kolaboratif Pusat Sains Malaysi(MySains) turut dilancarkan sempena majlis tersebut. MySains merupakan satu platform yang mengabungkan semua institusi pembelajaran sains bukan formal untuk pertukaran maklumat dan perkongsian serta kerjasama penganjuran program pembudayaan sains.