'

13 Julai 2023 - Majlis Penutupan Projek Pemerkasaan Kapten Komuniti di Tanjung Aru Marine Ecosystem anjuran bersama KSTI, SCENIC dan juga Yayasan Telekom Malaysia (YTM) yang telah dirasmikan oleh Timbalan Setiausaha Tetap II. Seramai 15 orang belia usahawan sosial Sabah telah menyertai program selama dua (2) hari ini bertujuan untuk memupuk semangat kepimpinan, inovasi, dan ekosistem keusahawanan sosial.