Majlis Penutupan Program Kinabalu Startup Bootcamp disempurnakan oleh Tuan Syahrin Samsir, Timbalan Setiausaha Tetap II Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi Sabah.

.

9 Mac 2024 – Majlis Penutupan Program Kinabalu Startup Bootcamp disempurnakan oleh Tuan Syahrin Samsir, Timbalan Setiausaha Tetap II  mewakili Setiausaha Tetap, Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi Sabah.  Turut hadir Dato’ P’ng Soo Hong, Pengerusi Cradle Fund Sdn Bhd, Mr Norman Matthieu Vanhaecke, Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, Puan Viviantie Sarjuni, Pengurus Sabah Creative Economy & Innovation Centre serta pegawai-pegawai daripada KSTI, Cradle Fund Sdn Bhd dan SCENIC.

Program ini adalah kolaborasi diantara Cradle Fund Sdn Bhd, KSTI & SCENIC.  Sebanyak 14 Pasukan telah menyertai Kinabalu Startup Bootcamp  sepanjang tiga hari dari 7-9 Mac 2024.