Majlis Penutupan Jelajah Astronomi Pantai Timur Sabah 2022

.

Tawau 8 Jun 2022 -  Majlis Penutupan Jelajah Astronomi Pantai Timur Sabah 2022 telah melabuhkan tirainya. Majlis yang berlangsung di Dewan Masyarakat Tawau ini dihadiri oleh para tetamu dari seluruh Negeri Sabah. 

Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Yakub Khan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah membuktikan bahawa KSTI ingin mengangkat pembudayaan Sains dan Teknologi di Negeri Sabah.

Sambutan yang diadakan di Daerah Sandakan, Lahad Datu dan Tawau ini telah menerima pengunjung sebanyak 14,000 orang. Pencapaian ini adalah pencapaian yang terbaik kerana program ini adalah pertama kali diadakan di Pantai Timur Sabah.

KSTI ingin mengucapkan kepada semua agensi dan badan yang terlibat kerana turut menjayakan program ini.

Terima kasih atas sokongan anda semua!

#SabahMajuJaya
#MasyarakatBerbudayaTeknologiTinggi