Warta Oriental: KSU K-KOMM setuju bawa semula cadangan pasang 300 VSAT di Sabah untuk kelulusan MCMC

KOTA KINABALU: Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM), Datuk Seri Mohammad Mentek bersetuju untuk membawa semula cadangan pemasangan 300 VSAT (very-small-aperture terminal) di seluruh Sabah pada tahun 2022 untuk kelulusan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI), Datuk Yakub Khan yang memaklumkan ini berkata, Mohammad juga memberi jaminan bahawa sebahagian daripada 300 VSAT dapat dipasang pada tahun 2022.

“KSTI turut mencadangkan subsidi penggunaan data percuma antara 1 hingga 6 bulan di setiap kawasan yang terlibat,” kata Yakub dalam satu kenyataan sempena Majlis Pelancaran Satelit 3D MEASAT telah berjaya disempurnakan pada 22 Jun 2022 di Kourou French Guiana.

Artikel Penuh: https://wartaoriental.com/2022/07/15/ksu-k-komm-setuju-bawa-semula-cadangan-pasang-300-vsat-di-sabah-untuk-kelulusan-mcmc/