SabahMedia : Penjawat awam diseru tambah ilmu kemahiran digital seiring perkembangan semasa

KOTA KINABALU : Penjawat awam khususnya di Sabah perlu sentiasa berusaha untuk menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran digital seiring dengan perkembangan semasa yang bergerak dengan pantas.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan berkata, ini kerana penjawat awam memainkan peranan besar dalam memastikan peningkatan sistem penyampaian kerajaan melalui pendigitalan dan juga memastikan ianya selamat.

“Saya menyeru kepada semua penjawat awam untuk bersama-sama dengan Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN) dalam penglibatan dan kerjasama berterusan melaksanakan perkara ini.

“Ini juga sesuai dengan peranan JPKN sebagai pembangun utama aplikasi Kerajaan Negeri dalam ekosistem siber yang selamat,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Keselamatan Siber Sektor Awam Sabah 2022 di sini hari ini.

Yakub turut mengingatkan penjawat awam tentang keperluan menamakan dan memastikan untuk sentiasa mengemaskini senarai Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO) di organisasi masing-masing.

artikel penuh : https://sabahmedia.com/2022/10/26/penjawat-awam-diseru-tambah-ilmu-kema…