sabahmedia - JPSM, MARii tandatangan MoU, lahirkan tenaga kerja terlatih

Kota Kinabalu: Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) dan Malaysia Automotive Robotics and IoT Institute (MARii) semalam menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan melahirkan tenaga kerja terlatih.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, perjanjian tersebut merupakan kerjasama dalam bidang pendidikan dan Program Latihan Teknikal Dan Vokasional (TVET) untuk menyediakan belia dengan kemahiran serta pengetahuan yang diperlukan.

“Melalui penambahbaikan, peningkatan kemahiran dan pengetahuan mengikut keperluan serta pengiktirafan industri akan memberi jaminan peluang pekerjaan sekaligus menterjemah usaha kerajaan negeri melalui JPSM mengurangkan kadar pengangguran.

article penuh: https://sabahmedia.com/2023/11/10/jpsm-marii-tandatangan-mou-lahirkan-t…