27 September 2023 - Majlis Pelancaran Mobile Exhibition  Experiencing Science  Enlightening Innovation Tour In Sabah telah disempurnakan oleh YB Datuk Ir Shahelmey bin Yahya, Timbalan Ketua Menteri III / Menteri Kerja Raya.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah telah menandatangani Memorandum Perjanjian bersama Guangxi Science and Technology Museum pada 11 Julai 2023 di Beijing China. Melalui kerjasama ini, sebanyak 60 bahan pameran interaktif sains akan ditempatkan di Sabah selama tiga(3) tahun. Lokasi pertama adalah Perpustakaan Negeri Sabah Tanjung Aru.