24 Ogos 2023, Kota Kinabalu - YB. Datuk Dr Haji Mohd Arifin Bin Datuk Haji Mohd Arif, JP , Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah ( KSTI ) telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Karnival Minggu Sains Negara dan Malaysian Techlympics 2023 Peringkat Negeri Sabah bertempat di Kompleks Dewan Kuliah ke-2, Universiti Malaysia Sabah. Turut hadir adalah YB Datuk Arthur Joseph Kurup(Timbalan Menteri MOSTI), YBhg Datuk Zainudin Bin Aman(Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah), YM Datuk Dr Tengku Mohd Azzman Shariffadin (Penasihat Sains kepada YAB Perdana Menteri/ Presiden Akademi Sains Malaysia), YBhg. Datuk Mohd Hanafiah Bin DSP Mohd Kassim (Setiausaha Tetap KSTI), YBrs Puan Ruziah Binti Shafei (Timbalan Ketua Setiausaha MOSTI) dan YBhg Prof Datuk Dr Kasim bin Hj Mansor (Naib Canselor UMS).