11 Julai 2023 - Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian di antara Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah dan Guangzi Science and Technology Museum(GSTM).

GSTM dan China Science and Technology Museum bersetuju untuk menempatkan lebih 50 bahan pameran sains bergerak untuk ditempatkan di Sabah selama tiga(3) tahun. Lawatan pameran itu dijadualkan ditempatkan di enam (6) tempat strategik yang telah dikenalpasti iaitu lima (5) Perpustakaan Negeri di Tanjung Aru, Beaufort, Tambunan, Ranau dan Kudat serta Pusat U-Science, Universiti Malaysia Sabah. Kementerian bercadang menambah beberapa lokasi yang sesuai bagi memberi peluang sama kepada pelajar di luar bandar mempelajari sains dan teknologi melalui aktiviti hands-on.

Majlis ini turut dihadiri oleh Mr. YIN Hao (Executive Secretary of the Secretariat of China Association for ​​Science and Technology and Curator of the China Science and​​Technology Museum), Mr.Na Xiang(Vice President of the Guangxi Zhuang Autonomous Region Science ​and Technology Association) dan

Mr. Sanmugam Subramaniam

​(Charge d’Affaire of Embassy of Malaysia to the People’s Republic ​​of China).