Kota Kinabalu Sabah, 23 Jun 2023 - Majlis Anugerah Sains Sabah 2023

Terima kasih di atas kesudian YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah telah menyempurnakan Majlis Anugerah Sains Sabah 2023. Majlis ini diadakan buat julung kalinya untuk memberi pengiktirafan ke atas pencapaian dan sumbangan para Saintis, Teknologis dan Innovator tempatan.

Turut hadir adalah * YB Datuk Dr Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd Arif(JP), Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi Sabah* dan YB Datuk Arthur Joseph, Timbalan Menteri MOSTI, YB Datuk Seri Panglima Sr.Haji Safar Bin Untong (JP), Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Datuk Harun Bin Durabi, Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, YBhg. Datuk TS.DR.HJ. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Setinggi Tahniah dan syabas diucapkan kepada:-

Prof. Ir. Dr. Rosalam @ Roslee Bin Sarbatly, penerima Anugerah Saintis Sabah

Encik Ag. Muhammad Sagaf bin Abu Bakar, penerima Anugerah Inovator Sabah

Prof. Madya Dr. Jidon @ Adrian Janaun, penerima Anugerah Teknologis Sabah

Sekolah Menengah St. Micheal, Penampang, penerima Anugerah Khas Juri Sekolah Inovasi (Menengah)

Sekolah Kebangsaan Kampung Enam, Nabawan, penerima Anugerah Khas Juri Sekolah Inovasi (Sekolah Rendah)

#majlisanugerahsainssabah2023
#kementeriansainsteknologidaninovasisabah
#KSTI
#SabahMajuJaya