18 Mac 2023 (Sabtu)- Bengkel Post Mortem Konvensyen Pembelajaran Digital anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Sabah telah diadakan semalam bertempat di Ming Garden.

Puan Ila Fadilah Harun, Penolong Setiausaha I, Bahagian Inovasi dan Teknologi Digital, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) menghadiri bengkel tersebut sebagai wakil KSTI. Turut hadir bersama ialah:

i. Dr Hj. Mohd Kassim bin Tusin, Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran

ii. Dr Dayang Norziah Ag. Kiflee@Dzulkifle, Timbalan Dekan Akademik dan Antarabangsa, Fakulti Psikologi dan Pendidikan Universiti Malaysia Sabah (UMS)

iii. Prof. Dr. Sabariah binti Hj Sharif, Pensyarah Kanan Fakulti Psikologi dan Pendidikan, UMS

dan Kakitangan UMS dan JPNS yang terlibat dalam penganjuran konvensyen tersebut.

Untuk makluman, Konvensyen yang diadakan selama enam (6) hari tersebut diadakan di Dewan Resital, UMS bermula 20 hingga 25 Februari 2023 yang mengandungi pelbagai segmen iaitu daripada Segmen Online selama tiga (3) hari dan Segmen Bersemuka dan Pameran juga diadakan selama tiga (3) hari. ( maklumat lanjut mengenai Konvensyen bole didapati melalui pautan ini: https://online.anyflip.com/jonih/keuw/mobile/index.html

Konvensyen Pembelajaran Digital merupakan konvensyen yang pertama diadakan di peringkat Negeri dan telah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan dan diluar jangkaan iaitu hampir setengah juta peserta dalam talian hadir selama konvensyen ini dijalankan.

Tahniah diucapkan kepada pihak JPNS dalam penganjuran Konvensyen dan semoga dapat berkerjasama lagi di program akan datang. Terima kasih.