Sesi perbincangan mengenai perancangan program memperkasakan ekosistem Sains, Teknologi dan Inovasi di Sabah bersama YBhg. Datuk Bacho Pilong, Naib Presiden Kanan Pelaksanaan Projek dan Teknologi dan Dr.Nasir Darman, Ketua Pegawai Teknologi Petronas
9 Jun 2023: Sesi perbincangan mengenai perancangan program memperkasakan ekosistem Sains, Teknologi dan Inovasi di Sabah bersama YBhg. Datuk Bacho Pilong, Naib Presiden Kanan Pelaksanaan Projek dan Teknologi dan Dr.Nasir Darman, Ketua Pegawai Teknologi Petronas. Perancangan untuk membuat POC Plastic Modified Bitumen Road sebagai salah satu teknologi inovasi yang boleh digunakan bagi menyelesaikan masalah jalan raya di Sabah dan seterusnya masalah pencemaran yang disebabkan oleh plastik juga dibincangkan. Turut hadir adalah YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Setiausaha Tetap KSTI dan YBhg. Datuk Mohd Hanafiah bin Datuk Mohd Kassim, Setiausaha Tetap KKR.