Galeri Foto
Program Ihya Ramadhan KSTI 2023
Kota Kinabalu Sabah, 17 April 2023 - Program Ihya Ramadhan KSTI 2023 telah disempurnakan oleh YB Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. Arif, JP. Turut dijemput hadir ke program ini adalah Mufti Negeri Sabah, Pengerusi Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah dan lain-lain jemputan khas. Antara pengisian program ini adalah penyampaian sumbangan oleh Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah kepada KSTI untuk Program Pitch Borneo 2023. Sumbangan KSTI untuk menaiktaraf Makmal dan Sudut Sains 12 buah sekolah dan juga sumbangan kepada pelajar Tahfiz al-Quran As-Syatibiyah turut disampaikan.