Galeri Foto
Majlis Iftar Pemimpin Sabah dengan 500 Mahasiswa dan Mahasiswi Sabah di Zon Utara yang terdiri daripada penuntut Sabah dari beberapa buah universiti di Kedah, Perlis, Perak dan Pulau Pinang
Pulau Pinang 13 April 2023-Majlis Iftar Pemimpin Sabah dengan 500 Mahasiswa dan Mahasiswi Sabah di Zon Utara yang terdiri daripada penuntut Sabah dari beberapa buah universiti di Kedah, Perlis, Perak dan Pulau Pinang (Tuan Rumah).
YAB Ketua Menteri diwakili oleh YB Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Jabatan Kerja Raya Datuk Ir Shahelmey OKK Hj Yahya.
Sebelum acara perasmian, diadakan juga sesi dialog santai ketua-ketua beberapa agensi Sabah dengan para pelajar.
Panel yang berkongsi maklumat ialah TSKN (Tugas-tugas Khas) En.Sapdin Ibrahim, SUT KSTI Datuk Zainudin Aman, SU/CEO MUIS En.Ramlan Ag.Ali, Pengarah Yayasan Kebajikan Sabah Puan Rugayah Awang Besar dan Pengurus Kumpulan Bahagian Pembangunan Pendidikan, Kumpulan Yayasan Sabah Puan Bahiwata Sayangan Hj.Mulia
Para hadirin juga berkesempatan mengikuti tazkirah Ramadan dari TYDP MUIS Ustaz Malai Ali Hj.Malai Ahmad.