Galeri Foto
Mewakili YAB Ketua Menteri di Majlis Iftar bersama 500 mahasiswa dan mahasiswi Sabah yang sedang menuntut di beberapa buah universiti di Terengganu, Kelantan dan Pahang.
Terengganu 12 April 2023-Mewakili YAB Ketua Menteri di Majlis Iftar bersama 500 mahasiswa dan mahasiswi Sabah yang sedang menuntut di beberapa buah universiti di Terengganu, Kelantan dan Pahang.
Sebelum amanat perasmian, majlis yang berlangsung di Kuala Terengganu ini dimulakan dengan sesi dialog santai bersama penuntut yang saya pengerusikan sendiri dengan panelnya terdiri dari TSKN (Tugas-tugas Khas), SU/CEO MUIS, Pengarah Yayasan Kebajikan Sabah dan Wakil Yayasan Sabah.
Majlis yang julung- julung kali diadakan di Zon Pantai Timur Semenanjung ini dimeriahkan dengan tazkirah Ramadan dan qasidah seterusnya berbuka puasa bersama pelajar.
Pelajar yang hadir sangat ceria serta gembira dan meminta agar pertemuan seperti itu diadakan lagi pada masa akan datang.
Dalam teks amanatnya, YAB Ketua Menteri meminta agar program tersebut dijadikan acara tahunan sebagai wadah mahabah antara pelajar dengan pemimpin dan juga bagi menjalin silaturahim antara sesama pelajar Sabah dari pelbagai IPT.