Galeri Foto
Majlis Berbuka Puasa Mahasiswa dan Mahasiswi Institusi Pengajian Tinggi
Putrajaya 10 April 2023-Majlis iftar YAB Ketua Menteri DSP Haji Hajiji bin Haji Noor dengan lebih seribu mahasiswa dan mahasiswi Sabah yang sedang menuntut di Semenanjung Malaysia.
Majlis yang berlangsung di PICC Putrajaya ini dimulakan dengan sesi taklimat dan dialog pelajar bersama agensi kerajaan yang melibatkan urusan pelajar khasnya mengenai bantuan dan inisiatif serta dasar Kerajaan.
YAB Ketua Menteri berpesan kepada pelajar agar memanfaatkan peluang belajar di pusat pengajian tinggi dengan bersungguh- sungguh demi mencapai kecemerlangan masa depan.
Turut hadir bersama pada majlis ini adalah YB. Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin Bin Haji Mohd. Arif, JP Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah