Potensi pembangunan sains, teknologi, dan inovasi di Sabah dijangka meningkat dengan kemasukan 50 bahan pameran sains, teknologi dan inovasi daripada China ke negeri itu sebelum hujung tahun ini. Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi Sabah (KSTI) Datuk Zainuddin Aman berkata salah satu daripadanya kubah planetarium yang akan ditempatkan ruangan terbuka Perpustakaan Negeri Sabah bagi tujuan pendedahan ilmu astronomi.

#AWANInews

#PilihanMalaysia

#PantauKerajaanBaharu