Warta Oriental: KSTI, MOSTI kerjasama wujudkan Pusat Sains Negara di Sabah

MEMBAKUT: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI) akan terus bekerjasama dengan  Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk mewujudkan  Pusat Sains Negara (PSN) di negeri ini.

Menteri KSTI, Datuk Dr. Mohd Arifin Arif berkata pewujudan pusat tersebut penting dalam usaha kerajaan menarik perhatian golongan pelajar untuk meminati Sains sekali gus sebagai pemangkin kepada  perkembangan bidang sains dan teknologi di Sabah pada masa depan.

“Saya mengambil kesempatan untuk meminta kepada kerajaan pusat melalui MOSTI supaya memperjuangkan pewujudan Pusat Sains Negara di Sabah.

“Mudah-mudahan dapat diperjuangkan oleh Menteri dan Timbalan Menteri MOSTI kerana ia sangat penting untuk kita di Sabah. 

article penuh :https://wartaoriental.com/2023/09/17/ksti-mosti-kerjasama-wujudkan-pusa…