Pameran Bergerak 'Experiencing Science: Enlightening Innovation' Tour In Sabah di PNS Tanjung Aru, mempamerkan lebih 60 bahan pameran berkaitan sains dan teknologi. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, pameran itu dijangka mampu menarik minat pelajar terhadap aliran sains.