13 Mac 2024 - Timbalan Setiausaha Tetap I, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Rusdi bin Belun bersama pegawai-pegawai kementerian telah membuat lawatan ke Pusat e-Desa Andap Bangau, Kudat.

Objektif lawatan ini bertujuan untuk membincangkan tentang isu-isu dan keperluan infrastruktur terkini, bagi memastikan perkhidmatan optimum dapat diberikan kepada komuniti desa.