Majlis ramah Mesra YAB Ketua Menteri dengan Pelajar Sabah di Mesir di Kaherah.

kaherah

Majlis ramah Mesra YAB Ketua Menteri dengan Pelajar Sabah di Mesir di Kaherah. Turut hadir  bersama wakil pelajar Sabah yang sedang menuntut di Jordan dan Arab Saudi.

YAB DSP Haji Hajiji bin Haji Noor dalam amanatnya mengumumkan bantuan RM 1.8 juta bagi keperluan pelajar di Mesir, Jordan dan Madinah.

Selain itu,  Kerajaan Negeri Sabah melalui Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri(Tugas-tugas Khas) turut menyalurkan bantuan peralatan komputer untuk asrama pelajar, MUIS  memberikan bantuan bagi pembelian kitab perpustakaan asrama manakala Baitulmal memberikan bantuan keperluan hadrah.