TAWAU: Penubuhan Pusat Sains di Perpustakaan Wilayah Tawau dan Sandakan dilihat mampu memberikan akses Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) kepada penduduk di daerah tersebut.

Peruntukan PETRONAS sebanyak RM10.2 juta bagi kedua-dua pusat itu akan dilengkapi dengan bahan pameran serta aktiviti studio dan ia dijangka beroperasi pada tahun 2024.  

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Yakub Khan berkata pihaknya menyambut baik inisiatif PETRONAS mewujudkan pusat tersebut untuk pembangunan modal insan dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI).

Katanya, kerajaan negeri melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah bergerak aktif dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk PETRONAS melaksanakan pelbagai program bagi menarik minat pelajar dalam bidang STEM.

“Kita mengharapkan PETRONAS menubuhkan lebih banyak lagi Pusat Sains di Sabah, memandangkan keadaan geografi negeri ini yang agak luas.

artikel penuh : https://www.utusanborneo.com.my/2022/10/27/pusat-sains-diwujudkan-di-ta…