China : Delegasi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah diketuai menterinya Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif mengadakan lawatan rasmi ke China bagi mengukuhkan hubungan antara kedua-dua negara khususnya Sabah dan China dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI).

Lawatan kerja itu adalah susulan dari kunjungan Konsulat China di Kota Kinabalu Dr Huang Shifang pada Februari lalu dimana China bercadang untuk membawa pameran berkaitan STI ke Sabah.

Arifin berkata, berikutan itu pihaknya bersetuju untuk mengadakan lawatan kerja ke China bagi melihat perkara-perkara berkaitan berhubung STI di negara berkenaan.

“Kita telah mengadakan lawatan kerja ke China khususnya di Guangzi Science and Technology Museum bagi melihat sendiri bahan-bahan pameran yang sudah dipilih untuk dibawa ke Sabah,” katanya ketika dihubungi Sabah Media.

Arifin berkata, sebanyak lebih 50 jenis bahan pameran berkaitan STI akan dibawa untuk tujuan berkenaan.

“Ini adalah antara salah satu inisiatif pihak kementerian bagi memupuk minat anak Sabah terhadap ilmu Sains dan Teknologi sebagai salah satu teras dalam agenda Sabah Maju Jaya (SMJ).

article penuh: https://sabahmedia.com/2023/07/10/lebih-50-bahan-pameran-berkaitan-sti-…