Seramai 28 orang usahawan makanan menyertai pertandingan ciptaan inovasi Pitch Borneo 2023 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di Kota Kinabalu.

Dalam program yang dirasmikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Ariffin Arif itu, para usahawan terbabit mempamerkan hasil ciptaan mereka yang bertemakan Inovasi Sekuriti Makanan.