'

IPG Tawau Sabah , 27 Oktober 2022 - YB Datuk Haji Yakub Khan, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah telah merasmikan Majlis Pra Pelancaran Pusat Sains Tawau Sandakan. Pusat Sains ini merupakan satu platform pembelajaran yang interaktif untuk menarik minat pelajar dalam bidang STEM.  Berkonsepkan maker space  dan playsmart dengan  keluasan 2300-3000 kaki persegi, Pusat Sains ini akan dibina di Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Tawau dan Sandakan.

Pembinaan dijangka siap pada penghujung tahun 2023, sementara itu PETRONAS meneruskan Program Jangkau Luar untuk meningkatkan kemahiran dan kapasiti guru serta pelajar B40 dalam kemahiran teknikal dan digital.

Kementerian ini akan mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak PETRONAS untuk membina lebih banyak Pusat Sains di Sabah.