'

17 Oktober 2023 - Majlis Penutupan Seminar ICT Wilayah Sandakan telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi YB Datuk Dr Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. Arif,(JP) Teks ucapan beliau telah dibacakan oleh Yang Berhormat Datuk Harun bin Durabi, Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi mewakili Yang Berhormat Menteri. Turut hadir adalah pegawai-pegawai kanan KSTI.