KOTA KINABALU, 14 Februari 2020 - Majlis ini diadakan bagi memberi penghargaan kepada pelajar, sekolah dan IPTA/IPTS yang telah mengharumkan nama negeri Sabah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam bidang akedemik, sukan, kesenian dan inovasi. Penghargaan turut diberikan kepada individu/syarikat yang telah memberikan CSR kepada sekolah. Selain itu, bagi pembukaan majlis tersebut, YB Datuk Dr Yusof Bin Yacob menyampaikan ceramah bertajuk Melahirkan anak-anak tempatan yang berpotensi untuk mengharumkan nama tanah air dan fungsi CSR yang menyumbang dalam sektor pendidikan.