Datuk Mohd. Hanafiah bin Mohd. Kassim, Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) telah menerima kunjungan hormat daripada Team Projek PeAK UiTM Cawangan Sabah

.

31 Januari 2024 - Datuk Mohd. Hanafiah bin Mohd. Kassim, Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) telah menerima kunjungan hormat daripada Team Projek PeAK UiTM Cawangan Sabah bagi membentangkan Projek Inovasi mereka dan mengembangkan jalinan kerjasama antara kedua belah pihak khususnya jaringan industri dari aspek inovasi dan penggalakan STEM dalam kalangan pelajar sekolah & komuniti setempat.

 

Projek inovasi PeAK yang dibuat oleh team projek ini ialah sumber tenaga dapat dihasilkan daripada bahan kumbahan setelah melalui beberapa proses.

 

Akhir sekali, KSTI komited dan terbuka dengan semua pihak yang ingin menjalin hububgan kerjasama Inovasi, Sains dan Teknologi