Datuk Mohd. Hanafiah bin Mohd. Kassim, Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) bersama YB Jonnybone J Kurum, ADUN N.47 Telupid dan wakil pejabat Daerah Telupid membuat lawatan ke Pusat e-Desa Baba daerah Telupid.

.

Pusat e-Desa Baba, Telupid

30 Januari 2024 - Datuk Mohd. Hanafiah bin Mohd. Kassim, Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) bersama YB Jonnybone J Kurum, ADUN N.47 Telupid dan wakil pejabat Daerah Telupid membuat lawatan ke Pusat e-Desa Baba daerah Telupid.  

Pusat e-desa Baba terletak di Kampung Baba telupid mengambil masa 2 jam perjalanan dari Pekan Telupid. Menariknya tempat ini, terdapat keperluan untuk menaiki feri untuk menyeberangi sungai sebelum sampai ke pusat tersebut. Meskipun perjalanan yang agak mencabar namun KSTI komited dan bersungguh dalam memastikan Pusat e-Desa menjalankan fungsinya sebagai pusat inovasi, ekonomi dan digital bagi komuniti setempat.