Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Md. Hanafiah bin Md. Kassim bersama pegawai-pegawai kementerian telah menghadiri Bengkel Fly Drone Day di Long Pasia.

8 Mac 2024, Sipitang - Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Md. Hanafiah bin Md. Kassim bersama pegawai-pegawai kementerian telah menghadiri Bengkel Fly Drone Day di Long Pasia.

Bengkel ini telah dianjurkan oleh Sabahnet untuk memperkenalkan teknologi baharu tentang penggunaan Drone dikalangan kanak-kanak yang tinggal di bahagian pendalaman. Selain itu, mereka juga di berikan peluang untuk mengendali Drone sebagai pengalaman.

KSTI berharap dengan inisiatif ini dapat memupuk minat dalam bidang STEM dalam kalangan kanak-kanak.