Sesi kunjungan hormat YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia(MYSA) kepada YBhg. Datuk Mohd Hanafiah bin Mohd Kassim, Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI) telah diadakan pada 29 Ogos 2023 di Wisma Bandaraya, Kota Kinabalu.

Turut hadir ialah Puan Maria Chong, Timbalan Setiausaha Tetap I, KSTI dan Puan Musleha Khairunisa Muluk, Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Perancangan dan Pembudayaan Sains, KSTI.

Tujuan sesi kunjungan hormat ini adalah untuk merangka perancangan program dan aktiviti berpotensi berkaitan teknologi angkasa di negeri Sabah.