Sandakan Sabah, 28 Oktober 2022 - YBhg Datuk Zainudin Aman merasmikan Sudut Sains SK Karamunting. SK Karamunting merupakan salah satu sekolah yang telah menerima dana daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah untuk pembinaan Sudut Sains. Ini akan menjadi satu platform untuk menarik minat pelajar di peringkat sekolah rendah terhadap ilmu sains. Kementerian akan membantu SK Karamunting untuk menambahbaik pengisian dan kelengkapan berkaitan untuk menjadi sebuah makerspace seperti Tenom Innovation Centre.