07 Mei 2023 - Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi YB Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. Arif, JP menyempurnakan Majlis Penutupan Pertandingan Perlumbaan Dron Daerah Tawau 2023. Turut hadir pada majlis ini adalah YB Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar Titingan, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, YB Tuan Lo Su Fui Ahli Parlimen P.190 Tawau, YB Datuk Hassan A Gani Pg Amir, ADUN N73 Sebatik, YB Datuk Hamild@ Hamid bin Awang ADUN N68 Balung dan juga YB Puan Rina binti Haji Jainal, ADUN N70 Kukusan.

Pertandingan perlumbaan dron ini merupakan perlumbaan yang julung kali diadakan di Negeri Sabah dengan penyertaan seramai 13 peserta termasuk penyertaan dari Brunei Darussalam.