04 Oktober 2023 - Hotel Raia, Kota Kinabalu

Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil Kursus Sabah Talent Entrepreneurship Programme (STEP) Siri 2/2023 yang telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Mohd. Hanafiah bin Mohd. Kassim, Setiausaha Tetap, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah. bagi Kursus Kontraktor Perpaipan, Kursus Kontraktor Elektrikal dan Kursus Mobile Mechanic (Automotive) telah diadakan di Hotel Raia, Kota Kinabalu. Turut hadir bersama  adalah Puan Alijah binti Ismail Timbalan Setiausaha Tetap I KSTI

Seramai (60) peserta telah mengikuti program ini yang telah dikendalikan oleh Akademi Binaan Malaysia Wilayah Sabah dan Giatmara Kota Kinabalu.