11 Mei 2023: Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian di antara Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah dan Petronas Technology Ventures Sdn Bhd berkaitan usaha-usaha pemerkasaan ekosistem Sains, Teknologi dan Inovasi di Sabah. Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian ini disaksikan oleh YB DSP Masidi Manjun, Menteri Kewangan bersama YB Datuk Dr Hj Mohd Arifin Bin Datuk Haji Mohd Arif JP, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Sabah dan YBhg Datuk Haji Bacho Pilong, Naib Pengerusi Kanan, Pelaksana Projek dan Teknologi PETRONAS.