Majlis Iftar Bersama Pelajar ILTP, Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM)

Kota Kinabalu Sabah, 18 April 2023 - Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi YB Datuk Harun Durabi hadir ke Majlis Iftar Bersama Pelajar ILTP, Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) mewakili YB Menteri KSTI. Hadir sama pada majlis berkenaan adalah Timbalan Setiausaha Tetap II bersama rombongan mewakili Setiausaha Tetap KSTI. Antara pengisian majlis tersebut adalah penyampaian sumbangan kepada pelajar-pelajar ILTP, JPSM Papar.