Kota Kinabalu Sabah, 20 April 2023 - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI) bersama Planetarium Negara menganjurkan Program Cerapan Gerhana Matahari di perkarangan Perpustakaan Tawau. YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Arif, JP hadir ke program ini diiringi oleh YBhg Datuk Zainudin bin Aman, Setiausaha Tetap KSTI.