15 Februari 2024 - Datuk Mohd. Hanafiah bin Mohd. Kassim, Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah telah menghadiri Sesi Perjumpaan YB Menteri Digital Bersama Anggota Pentadbiran Kerajaan Negeri Berkaitan Digital.

Sesi Perjumpaan ini telah dipengerusikan oleh YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital. Tujuan sesi perjumpaan ini adalah untuk beramah-mesra bersama anggota Pentadbiran Kerajaan Negeri serta mendapatkan input terkini berkaitan pendigitalan di peringkat negeri.