FINAS Malaysia : Kota Kinabalu, 7 Disember 2022 - Sekitar liputan Anugerah Sabah Screen Fest 2022

Kota Kinabalu, 7 Disember 2022 - Sekitar liputan Anugerah Sabah Screen Fest 2022 di Sabah International Convention Centre (SICC) yang disempurnakan oleh Datuk Zainudin Bin Aman, Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah.

Pertandingan ini dibuka kepada semua jenis sekolah di seluruh Malaysia dan juga untuk kategori terbuka (orang awam). Antara kategori yang dipertandingkan adalah filem pendek, animasi, dokumentari dan iklan/pesanan khidmat masyarakat.

Turut hadir Cik Drusella Brigit Anak Rijeng, Ketua Unit Kreatif FINAS Cawangan Sabah, dif-dif kehormat, rakan media serta tetamu jemputan.

#FINASMalaysia

#FilemKitaCitraKita