YB Datuk Dr Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd Arif(JP), Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah menghadiri Mesyuarat Majlis Sains Negara (NSC) pertama bagi tahun 2023 dan dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri

'

7 Jun 2023: YB Datuk Dr Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd Arif(JP), Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah menghadiri  
Mesyuarat Majlis Sains Negara (NSC) pertama bagi tahun 2023 dan  dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri. 

Mesyuarat membincangkan pelbagai usaha kerajaan dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI) berteraskan nilai-nilai MADANI. NSC merupakan platform bagi menetapkan hala tuju dan dasar STI negara melalui penglibatan kerajaan, industri dan akademia untuk membina kepercayaan di antara kerajaan dengan rakyat, berlandaskan ketelusan dan kerjasama.

Mesyuarat bersetuju dengan Pelan Hala Tuju Teknologi dan Ekonomi Hidrogen (Hydrogen Economy and Technology Roadmap-HETR). HETR ini menyokong Aspirasi Negara Rendah Karbon 2040 di bawah Dasar Tenaga Negara 2022-2040.

Majlis Sains Negara pada kali ini juga mengambil maklum mengenai kepentingan Akta Lembaga Angkasa Malaysia (Akta 834) dan penubuhan Bahagian Penguasa Angkasa. Akta dan penubuhan bahagian ini adalah amat penting ke arah mencapai sasaran menjadikan Malaysia di antara 3 negara terbaik dalam penyelidikan dan pembangunan teknologi angkasa di Asia Tenggara, serta mencapai 50% tahap berdikari dalam teknologi angkasa. 

Hadir sama YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah.