Program Lawatan Kerja YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah pada 21 Oktober 2021

"

"

KOTA KINABALU  21 Oktober 2021 - 

Kementerian akan meneruskan kerjasama penganjuran pelbagai program pembudayaan STI bersama Planetarium dan MOSTI.

Antaranya Program Bulan Astronomi Sabah akan diadakan awal tahun 2022, dan Planetarium telah bersetuju untuk membawa mini Planetarium ke Sabah untuk pelajar-pelajar Sabah merasai sendiri pengalaman berada di angkasa melalui teknologi yang canggih. Ini merupakan salah satu usaha Kementerian untuk menangkis presepsi masyarakat yang beranggapan bahawa sains itu susah.

Lebih banyak ruang reka akan diwujudkan di Sabah di atas persetujuan YB MOSTI. YB MOSTI memberi pengiktirafan KSTI sebagai rakan strategik peringkat negeri Sabah. MOSTI turut bersetuju untuk membantu para usahawan Sabah (startups) untuk mengembangkan perniagaan mereka. Begitu juga mana-mana penyelidikan STI yang memerlukan geran akan diberi keutamaan.

Kementerian akan merangka satu dasar sains, teknologi dan inovasi Sabah serta pelan strategik dengan kerjasama pakar dari MOSTI, Akademi Sains Malaysia dan para akademia UMS dan UITM Sabah.