PERTANDINGAN PIDATO ANJURAN KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI & INOVASI SABAH

.

6 PESERTA BERENTAP DALAM PERTANDINGAN PIDATO ANJURAN KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI & INOVASI SABAH

Perpustakaan Negeri Sabah buat julung kalinya telah dipilih sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pertandingan Pidato Integriti yang bertempat di Auditorium, Ibu Pejabat Perpustakaan Negeri Sabah pada 29 Jun 2022. Pertandingan ini merupakan salah satu pengisian sempena Minggu Integriti 2022 anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah dengan kerjasama jabatan-jabatan dan agensi di bawahnya. Pertandingan bertemakan “Integriti Sebagai Benteng Menghadapi Rasuah” ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia, Puan Maria Chong, Timbalan Setiausaha Tetap 1, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah.

Johan pertandingan ini jatuh kepada peserta dari Sabah Net Sdn. Bhd, Naib Johan peserta dari Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) dan tempat ketiga dimenangi oleh peserta dari Perpustakaan Negeri Sabah. Setiap pemenang telah menerima hadiah berupa wang tuan bernilai RM200 hingga RM500.

Majlis ini turut dihadiri oleh Yang Berbahagia, Tuan Henry Idol, Timbalan Setiausaha Tetap 2, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Puan Hajah Fatimah Abdillah, Pengarah Perpustakaan Negeri Sabah, Puan Ernywati Dewi Abas, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN), pegawai daripada agensi di bawah KSTI iaitu Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM), Sabah Net Sdn. Bhd, Sabah Creative Economy and Innovation (SCENIC), agensi-agensi lain dan para pegawai serta kakitangan Perpustakaan Negeri Sabah.

#KSTI

#perpustkaannegerisabah

#MingguIntegriti2022