Penutupan STEM FIESTA Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran

.

Tuaran, Sabah 30 Jun 2022 YBrs Puan Maria Chong, Timbalan Setiausaha Tetap 1 mewakili Setiausaha Tetap merasmikan Penutupan STEM FIESTA Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI) akan sentiasa menyokong program dan pendekatan oleh pelbagai pihak bagi melestarikan pembentukan masyarakat berpengetahuan dan celik sains, teknologi dan inovasi (STI). KSTI juga menggalakkan kerjasama pelbagai pihak bagi memastikan hasrat Kerajaan Negeri dalam memartabatkan sains, teknologi dan inovasi (STI) mampu direalisasikan.